Friday, December 1, 2023
29.6 C
Brunei

    -

    Nora, Fasha sudah lama berbaik

    Pelakon Nora Danish, 41, mengakui persengketaan yang pernah timbul antaranya dan Fasha Sandha, 39, beberapa tahun lalu sudah lama diselesaikan dan kini hubungan sudah kembali harmoni.

    Nora berkata, apa yang berlaku antara mereka adalah cerita lama yang tidak perlu dibangkitkan lagi, malah menganggap hubungannya bersama Fasha seperti keluarga.

    “Sebenarnya, hubungan saya dengan dia (Fasha) memang sudah lama okey. Tapi, bila berjumpa, berjumpalah. Tak adalah merancang sampai hendak berjumpa.

    “Tapi kalau terjumpa, terserempak, Alhamdulillah sebab kami dikira keluarga juga. Tak ada apa dah, perkara ini pun sudah lama berlalu,” katanya kepada BH Online.

    Terdahulu, perselisihan faham antara Nora dan Fasha yang dipercayai membabitkan hal peribadi, memuncak pada 2017 sehingga tindakan undang-undang diambil, namun mereka sepakat menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah pada 2018.

    Bagaimanapun, ketika sambutan Aidilfitri tahun ini, mereka bergambar bersama dengan memuat naik dalam media sosial ketika berkunjung ke kediaman bekas keluarga mentua, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.

    Dalam pada itu, Nora berkata, memasuki fasa usia ketika ini, dia lebih memilih berdiam diri daripada memberi sebarang respons berhubung isu semasa kerana dikhuatiri akan berbalik kepada diri sendiri.

    “Bagi saya, warganet sekarang kalau kita buat silap sikit mesti akan kena. Sekarang, saya tenang sebab kalau hendak muat naik sesuatu dalam media sosial saya akan fikir banyak kali sebab sudah berkeluarga dan ada anak.” – Agensi

    Nora lebih selesa sekarang dan fokus apa yang patut sahaja. – Bharian
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Semakin ramai pelajar Korea mahu jadi doktor kerana gaji tinggi

    SEOUL, 1 DIS - Pendapatan tinggi telah menjadi sebab utama pelajar sekolah rendah dan menengah di Korea Selatan memilih menjadi doktor perubatan sebagai laluan...