Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Nora Fatehi disiasat polis

    Minggu lepas barangkali adalah minggu yang tidak bernasib baik buat Nora Fatehi kerana dia telah disoal siasat selama empat jam oleh polis Delhi berhubung wang sebanyak 200 crore, melibatkan seorang lelaki yang kini dipenjarakan kerana menipu, Sukesh Chandrashekhar.

    Turut disiasat ialah Pinky Irani dan aktres Jacqueline Fernandez. Pinky dikatakan menjadi orang tengah yang memperkenalkan Nora dan Jacqueline kepada Sukesh.

    Nora bagaimanapun memberitahu polis bahawa dia adalah mangsa kepada konspirasi dan bukan seorang konspirator. Dia juga menunjukkan tangkapan layar perbualannya dengan Sukesh.

    Ketika dalam siasatan, polis turut bertanya Nora, siapa yang mengundangnya untuk menghadiri sebuah acara majlis amal di Tamil Nadu.

    Nora kemudian menyebut nama Afsar Zaidi. Nora mendakwa, Asfar Zaidi adalah promoter kepada Exceed Entertainment Private Limited untuk acara yang dianjurkan Super Car Artistry.

    Nora telah disoal siasat oleh polis berhubung wang sebanyak 200 crore. – Agensi

    Ditanya siapa yang membayar perjalanannya ke Tamil Nadu dan segala perbelanjaan yang lain, Nora menyebut nama Leena Paul dan mendakwa wanita itu adalah pemilik Nail Artistry.

    Ditanya lebih lanjut tentang acara yang dihadirinya itu, Nora memberitahu bahawa ia adalah sebuah majlis amal. Acara itu diadakan di 5 Star Banquet pada Disember 2022. Tempa- hannya telah dibuat melalui agensinya, Exceed Entertainment Private Limited dan dianjurkan LS Corporation serta Nail Artistry.

    Polis juga memberitahu Nora tentang dakwaan Sukesh terhadap dirinya, yang mana katanya, Nora berkeras mahukan kereta mewah untuk menghadiri acara amal tersebut.

    Nora bagaimanapun menafikan kenyataan Sukesh dan memaklumkan kereta itu dihadiahkan kepadanya atas dasar kasih sayang dan kemurahan hati. Nora turut memaklumkan pada awalnya dia menolak pemberian kereta itu kerana telah memiliki kereta jenama yang sama. Dia turut disoal sama ada bertemu Leena dan Pinky dalam acara berkenaan serta menerima hadiah daripada mereka.

    Nora mengakui bahawa Lee ada menghadiahkannya beg Gucci dan iPhone. Pada saat itu juga dia dimaklumkan tentang pemberian kereta mewah tersebut. Nora juga mendakwa, selepas pemberian kereta tersebut, dia telah menerima panggilan telefon Sukesh dan kemudian memberikan nombor telefon suami kepada sepupunya Bobby. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...