Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Nora tepis dakwaan rumah tangga goyah

    Penyanyi Datuk Nora Ariffin, menjelaskan dia masih bergelar isteri kepada Dr Rushdi Ramli sekaligus mengesahkan hubungan mereka berada dalam keadaan baik.

    Nora, 50, berkata, bahtera perkahwinan yang dibina hampir dua tahun itu berjalan dengan sederhana namun sempurna seadanya.

    “Alhamdulillah… Di sebalik kekerasan hidup sekarang, di usia 50 tahun, saya bersyukur pada Allah kerana dikurniakan suami, anak-anak, menantu yang menyokong termasuk cucu yang menghiburkan,” katanya.

    Menerusi perkongsian Media Hiburan, terdahulu, terdapat dakwaan yang mendakwa rumah tangga pasangan itu dikatakan sedang dilanda masalah.

    Ditanya adakah dia pernah mendengar suara-suara ‘jahat’ yang mengatakan rumah tangganya sedang goyah, Nora bagaimanapun enggan mengambil pusing segala tanggapan tidak benar itu.

    “Allahuakbar. Saya tak pasti , apapun dalam usia begini, saya lebih mahu fokus kepada pelajaran anak-anak, projek baru, kesihatan dan kerjaya,” katanya ringkas.

    Terdahulu Nora mengumumkan sudah bergelar isteri kepada Rushdi, dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021.

    Tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya itu, Nora memaklumkan bertemu jodoh dengan hamba Allah yang juga sahabat baik arwah suami, Allahyarham Johan Nawawi. – Agensi

    Nora mengesahkan bahawa hubungannya bersama Dr Rushdi Ramli dalam keadaan baik. – MH
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...