Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Noraini pandu pulang kereta baharu

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Dayang Noraini binti Ahim muncul sebagai pemenang bertuah untuk Promosi Shop and Drive anjuran Bank Baiduri sekali gus membawa pulang hadiah utama berupa kereta MG ZS MCE 1.5L Deluxe SUV pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Hua Ho Department Store, Kiulap, hari ini.

    Hadir untuk menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bertuah promosi berkenaan ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perkembangan Perniagaan, Bank Baiduri, Pengiran Azaleen bin Pengiran Dato Haji Mustapha dan Pengurus Hua Ho Department Store, Angelene Lau.

    Pada majlis itu, hadiah kedua iaitu baucar membeli-belah berjumlah $2,000 telah dimenangi oleh Dayang Hani Hamizah binti Abdullah Wang dan hadiah ketiga berupa baucar membeli-belah berjumlah $1,000 dimenangi oleh Dayang Norkhanizah Wati binti Ahmad.

    Dua hadiah sagu hati iaitu baucar membeli-belah berjumlah $500 juga telah disampaikan.

    Di samping itu, hadiah bulanan berupa baucar membeli-belah berjumlah $200 telah disampaikan kepada 10 orang pemenang oleh Ketua Perbankan Runcit, Bank Baiduri, Lim Kian Chiang.

    Dayang Noraini dipetik menyatakan bahawa beliau amat gembira dan bersyukur memenangi hadiah utama bagi promosi berkenaan.

    Beliau menyatakan bahawa kad Baiduri merupakan teman yang dipercayai untuk membuat transaksi dan memudahkan urusannya dalam kehidupan seharian.

    Beliau juga amat teruja kerana kad itu juga telah membawanya kepada memenangi sebuah kereta baharu.

    Promosi Shop and Drive merupakan sebahagian daripada promosi bersama antara Bank Baiduri dan Hua Ho Department Store di mana pemegang kad Baiduri berpeluang untuk memenangi hadiah bagi setiap jumlah mininum yang dicaj kepada kad kredit atau debit Baiduri mereka dalam satu resit antara 14 Januari hingga 14 Mei lalu di cawangan-cawangan Hua Ho Department Store yang mengambil bahagian.

    Pengiran Azaleen dan Angelene Lau bergambar ramai bersama para pemenang Promosi Shop and Drive anjuran
    Bank Baiduri. – Gambar serahan Bank Baiduri
    Dayang Noraini bersama kereta yang dimenangi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...