Saturday, December 7, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Noraniza tidak dapat terima gelaran nenek?

    Penyanyi jolokan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, 53, berkongsi kisah lucu tidak dapat menerima hakikat dirinya kini bergelar nenek.

    Mendedahkan pengalaman lucu pada peringkat awal kelahiran cucu sulungnya, Hannah pada Mac lalu, Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani mengakui, perasaan itu timbul kerana masih belum bersedia dan berasakan dirinya terlalu muda untuk menggalas gelaran itu.

    “Mulanya, saya tak boleh terima kenyataan sudah menjadi nenek. Malah, saya kekok kerana sudah lama tidak mempunyai anak kecil.

    “Namun, perasaan tidak selesa hilang dan rasa sayang pula makin bertambah. Perasaan sayang pada anak dan cucu amat berbeza.

    “Lagipun, saya tidak mempunyai anak perempuan. Apabila lama tidak berjumpa, rasa rindu sukar untuk digambarkan,” katanya yang lebih selesa menggelarkan diri sebagai Nanny berbanding nenek.

    Noraniza mengatakan dia lebih selesa menggelarkan diri sebagai Nanny berbanding nenek. – Agensi

    Anak damit perempuan berusia enam bulan itu adalah hasil perkongsian anak sulungnya, Aliff Haiqal dan isteri, Ezza Nafiesha Zakaria. Mereka mendirikan rumah tangga pada 22 Disember 2019 di Port Dickson, Negeri Sembilan.

    Sementara itu, penyanyi Dikir Puteri itu mengakui, kes penularan COVID-19 menyebabkannya sentiasa berasa paranoid dalam menjalani kehidupan seharian.

    “Saya seorang yang memang ikut peraturan. Apabila kerajaan nasihat jangan keluar rumah, saya memang akan duduk di rumah sahaja. Nak keluar ke halaman pun rasa bimbang.

    “Nak jumpa cucu rasa risau, maklum masih lagi anak damit. Ada kala saya akan menghubungi anak untuk memastikan mereka dalam keadaan baik.

    “Jika mengalami batuk-batuk kecil, saya akan menasihatkannya melakukan pemeriksaan. Takut juga jika penyakit lain yang timbul. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda