Noratiqah menang kereta Vios

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Mac – Nasib ternyata menyebelahi Dayang Noratiqah binti Morshidi apabila berjaya membawa pulang hadiah utama peraduan kuiz berupa sebuah kereta Toyota Vios yang ditaja oleh NBT Toyota Brunei dan Cooltones.

Majlis penyampaian hadiah berlangsung malam kelmarin di Annajat Mall yang disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan Jualan dan Pemasaran NBT, Leong Cheng Soon dan Pegawai Ketua Eksekutif Cooltones, Haji Mohamad Fawzi bin Zainal Abidin.

Dayang Noratiqah berjaya mengutip sebanyak 17,645 mata mengalahkan 876 orang pemain kuiz lainnya. Sementara itu di tempat kedua ialah Dayang Rematulatikah binti Awang Lakin dan Dayang Siti Aimi binti Ali Rahman pula berada di tempat ketiga.

Acara pada malam kelmarin tersebut turut diselajurkan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bulanan bagi bulan lalu.

Selain itu para tetamu dan pemenang yang diundang juga turut diraikan dengan jamuan makan malam yang turut diselangi dengan beberapa persembahan nyanyian daripada penyanyi tempatan.

Dayang Noratiqah bersama kereta yang dimenanginya.
Gambar ramai pemenang peraduan tersebut dan pemenang bulanan.