Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Norleyermah menyerlah di Jakarta

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb – Norleyermah binti Haji Raya berjaya mengharumkan nama Negara Brunei Darussalam dengan meraih pingat perak di Kejohanan Pencak Silat Jemputan Sukan Asia 2018, yang berlangsung di Padepokan, Jakarta, Indonesia hari ini.

    Norleyermah hanya tewas kepada pesilat dari Filipina di peringkat akhir acara Seni Tunggal, manakala pingat gangsa dalam acara itu diraih oleh pesilat dari Loas.

    Sementara itu, dalam perkembangan atlet-atlet negara yang lain, Zainorarif Zaini berjaya mengutip pingat gangsa acara Tanding Kelas D, manakala Elmi Zaini pula telah memulakan persaingannya semalam dalam acara Tanding Kelas B.

    Setakat petang hari ini, delegasi silat negara berjaya mengumpul satu pingat perak dan satu pingat gangsa dan dijangka pulang ke tanah air Ahad ini nanti.

    Delegasi silat negara di kejohanan, yang berlangsung 10 hingga 15 Februari 2018, itu diketuai oleh Haji Adanan Ahad selaku pengurus dan diiringi jurulatih Tanding dan Seni, Hassan Haji Tuah.

    Pesilat wanita negara, Norleyermah berjaya menjulang nama negara dalam acara Seni Tunggal di Padepokan, Jakarta, Indonesia kelmarin. – Gambar oleh PERSIB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda