Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Normah Damanhuri pilih pakai rambut palsu

    Tampil dengan imej memakai rambut palsu dalam filem Tiga Janda Melawan Dunia, pelakon Normah Damanhuri sudah bersedia dengan apa saja pandangan penonton.

    Menurut pelakon berusia 68 tahun ini, dia sendiri yang memaklumkan kepada pengarah filem tersebut iaitu Hyrul Anuar untuk menggayakan imej sedemikian.

    Normah ditemui ketika majlis pratonton dan sidang media filem Tiga Janda Melawan Dunia di GSC Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya baru-baru ini. Filem arahan pengarah muda Hyrul Anuar itu turut dibintangi oleh Raja Azura, Khatijah Tan, Rosnah Mat Aris,

    Norman Hakim dan dua pelakon baharu iaitu Abbas Mahmood dan Ellyza Azizi.
    Filem komedi yang akan ditayangkan bermula 19 Mei itu turut menampilkan Khatijah Tan, Raja Azura dan Norman Hakim.

    Sementara itu, Normah mengakui mendapat kepuasan dalam lakonan menerusi filem tersebut biarpun penat seharian menjalani penggambaran.

    Berkongsi lagi mengenai wataknya sebagai Rohayu, Normah memberitahu pada mulanya dia berasa segan untuk melakonkan aksi manja biarpun karakter sebenarnya lebih kurang sama.

    “Bagi saya, benda (aksi manja) itu untuk tayangan… jadi kita ada la rasa malu dan rasa macam ‘okay ke ini, boleh ke ini’. Ada la rasa macam itu.

    “Tapi saya memang dibantu oleh mereka. Memang la gedik sikit-sikit itu ada, ikutkan watak saya memang begitu, manja sikit-sikit tu ada.

    “Cuma mereka bantu lagi, Insya Allah menjadi la (watak),” ujarnya. – Agensi

    Normah tampil dengan imej rambut palsu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...