Norrie tampil juara ATP Indian Wells

INDIAN WELLS, AMERIKA SYARIKAT, 18 OKT – Cameron Norrie mencapai tahap tertinggi pada musim ini di California kelmarin dengan kemenangan 3-6, 6-4, 6-1 ke atas Nikoloz Basilashvili untuk menjadi pemain Britain pertama untuk memenangi gelaran ATP Indian Wells.

Norrie mengejar kejuaraan untuk meraih kemenangan ke-47 terbaik dalam kerjayanya musim ini dan merupakan pemain Britain pertama untuk menjulang trofi, pencapaian yang gagal dilakukan oleh bekas peserta akhir, Andy Murray, Tim Henman dan Greg Rusedski.

Ini adalah gelaran kedua Norrie dalam peringkat akhir keenam ATP musim ini setelah memenangi gelaran sulungnya awal tahun ini di Los Cabos.

Kemenangan itu juga akan melonjakkanya ke kedudukan 20 teratas di dunia buat pertama kali dalam kerjayanya dan membantunya untuk memintas Daniel Evans sebagai pemain nombor satu Britain yang baharu. – AFP

Reaksi pemain Britain, Cameron Norrie meraikan piala kemenangannya setelah menewaskan Nikoloz Basilashvili dalam peringkat akhir ATP Indian Wells di Indian Wells, California. – AFP