Norrie tewaskan Rublev, mara ke final ATP San Diego

LOS ANGELES, 3 OKT – Pemain dari Britain, Cameron Norrie berjaya menewaskan pemain terbaik kelima, Andrey Rublev dengan keputusan 3-6, 6-3, 6-4 kelmarin dan menuju peringkat akhir terbuka ATP San Diego.

Norrie, yang meraih gelaran pertama dalam jelajah ATP di Los Cabos, Mexico pada bulan Julai, tewas pada set pertama dalam minit ke-35, tetapi dia berjaya menyelamatkan tiga mata penentuan dalam pusingan ketiga dari set kedua untuk mengubah perlawanan.

Norrie yang berada dalam kedudukan ke-28 mengasak Rublev untuk membuat kesilapan, meraih peluang dalam set kedua selepas pemain Rusia itu kelihatan semakin kecewa.

“Semua penghargaan kepada Andrey, dia menjadi pemain yang terbaik pada pusingan awal,” kata Norrie. “Dia mempunyai permainan yang hebat pada awalnya, dan saya berhasil untuk mengawalnya semasa pusingan kedua bermula.

“Ia merupakan kemenangan terbesar bagi saya. Setentunya saya akan ingat perlawanan ini sampai bila-bila.”

Norrie mampu selamatkan lapan daripada sembilan mata penentuan yang dihadapi untuk mencapai ke peringkat akhir tahunan ATP yang kelima.

Pemain dari Britain itu akan bertemu pemain Norway, Casper Ruud dalam perlawanan kejuaraan hari ini. Ruud menewaskan pemain Bulgaria, Grigor Dimitrov dalam tiga pusingan 6-4, 4-6, 6-4 dalam pusingan separuh akhir yang lain.

“Saya hanya cuba ingin menikmati perlawanan hari ini, dan saya akan cuba mempersiapkan diri,” kata Norrie.

“Saya telah menyaksikan perlawanan mereka pada minggu ini, dan mereka telah bermain dalam tahap yang tertinggi. Saya menantikannya esok.” – AFP

Reaksi pemain dari Britain, Cameron Norrie menentang pemain Rusia, Andrey Rublev dalam perlawanan terbuka separuh akhir San Diego kelmarin. – AFP