Norris raih petak hadapan di GP Rusia

SOCHI, 26 SEPT – Lando Norris meraikan kejayaan sulung meraih petak hadapan Formula Satu dan kali pertama buat McLaren sejak 2012 dalam keputusan kelayakan bagi Grand Prix Rusia, kelmarin.

Norris berkongsi kedudukan petak hadapan dengan pemandu Ferrari, Carlos Sainz, yang merupakan bekas rakan sepasukannya, sementara Lewis Hamilton memulakan perlumbaan di barisan kedua dalam usahanya untuk meraih kemenangan ke-100.

Hamilton dilihat berada dalam kedudukan yang baik untuk meraih petak hadapan selepas mengungguli catatan masa Q1 dan Q2, tetapi berdepan beberapa masalah dengan berbaki tiga minit di Q3 apabila dia terlanggar dinding tempat berhenti dan perlu menukar bahagian depan kereta yang rosak.

Pemandu berusia 21 tahun, Norris berjaya mencuri tumpuan di Sochi dengan mencatatkan masa terpantas 1 minit 41.993 saat.

“Perasaan sangat luar biasa. Musim yang tidak menentu,” ujar pelumba kelahiran Britain itu.

Aksi Lando Norris semasa perlumbaan kelayakan di GP Rusia, kelmarin.- AP

“Kami membuat keputusan untuk menukar tayar, anda tidak pernah memikirkan untuk meraih petak hadapan sehingga anda mendapatkannya,” tambahnya.

Kedudukan grid teratas dilengkapkan oleh George Russell dari Williams.

Dia mencatat masa ketiga terpantas bersama juara dunia tujuh kali, Hamilton, rakan sepasukannya apabila dia menggantikan Valtteri Bottas di Mercedes pada musim hadapan.

“Sangat tidak percaya. Kali kedua mencatat masa tiga terpantas dalam tiga atau empat acara, pasukan ini telah melakukan tugas dengan baik sekali,” kata pelumba berusia 22 tahun itu.

Max Verstappen, yang mendahului Hamilton dengan lima mata berada di depan pada pusingan ke-15 musim ini, memulakan perlumbaan di belakang disebabkan dikenakan penalti pertukaran enjin bagi pasukan Red Bull.

“Dengan saya akan memulakan perlumbaan dari barisan belakang, kami memutuskan untuk tidak mengambil risiko dan melangkau perlumbaan kelayakan,” tulis pemandu Belanda menerusi Twitternya.- AFP