Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Noru dijangka jejas cuaca negara

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 SEPT – Negara Brunei Darussalam masih berada di penghujung monsun barat daya di mana luruan angin barat daya masih dominan dan keadaan atmosfera yang stabil.

    Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, menyatakan bahawa pada pukul 5 pagi waktu tempatan kelmarin, Ribut Tropika Noru telah dikesan di koordinat 16.5 N 128.4 E, di kawasan timur Laut Filipina, sekitar 2,000km dari Negara Brunei Darussalam.

    Ribut Tropika Noru diramalkan bergerak ke arah barat menuju Laut China Selatan dan dijangka akan bertukar menjadi taufan dalam beberapa hari akan datang.

    Ribut Tropika Noru secara tidak langsung akan menjejaskan cuaca di negara ini dan menyebabkan keadaan cuaca negara berangin dan aktif dalam beberapa hari akan datang bermula pada malam 25 September hingga 28 September.

    Hujan berangin ribut atau hujan badai sekali-sekala lebat dijangka berlaku, menjejaskan kebanyakan kawasan negara. Kelajuan angin boleh meningkat sehingga 50kmsj di kawasan darat dan boleh mencapai sehingga 60kmsj di kawasan laut semasa atau dekat hujan berangin ribut.

    Manakala di perairan Brunei, keadaan laut pada amnya berombak sedikit di paras 0.4 meter hingga 1 meter.

    Walau bagaimanapun ketinggian ombak boleh mencecah paras bergelora sehingga 3 meter dekat hujan berangin ribut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...