Norway tawarkan suntikan penggalak

COPENHAGEN, 12 NOV – Warga Norway yang berusia 18 tahun ke atas akan ditawarkan suntikan penggalak vaksin koronavirus, menurut pengumuman perdana menteri Norway hari ini, dan menambah kakitangan penjagaan kesihatan yang belum menerima vaksin perlu menjalani ujian dua kali seminggu dan diwajibkan pemakaian pelitup muka.

“Vaksinasi adalah perlindungan paling penting terhadap koronavirus.

“Jangkitan akan bersama kita selama beberapa tahun akan datang, dan banyak perkara yang kita dapat lakukan bersama bagi mencegah virus daripada menular,” kata Jonas Gahr Stoere.

Langkah tersebut dibuat di tengah-tengah peningkatan jangkitan koronavirus di seluruh Eropah sejak beberapa minggu kebelakangan.

Di bahagian barat Eropah, kawasan yang mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi dan sistem penjagaan yang baik namun langkah perintah berkurung tidak dilaksanakan, menyebabkan jangkitan kembali melonjak.

Menteri Kesihatan, Ingvaild Kjerkol berkata suntikan penggalak ‘mungkin memberikan perlindungan lebih baik terhadap penyakit dan bagi mengurangkan penularan jangkitan.”

“Ini bukan satu saranan akan tetapi satu kewajiban,” kata Kjerkol. – AP

Petugas kesihatan memberikan suntikan penggalak kepada warga berusia 87 tahun. Norway mengumumkan akan menawarkan warganya yang berusia 18 tahun ke atas untuk diberikan suntikan penggalak. – AP