Norway tunda kapal kargo hanyut

OSLO, 8 APRIL – Pihak berkuasa maritim Norway berkata lewat kelmarin mereka mula menunda kapal kargo Belanda yang hanyut ke arah pantai selepas kru dipaksa untuk meninggalkannya.

Seramai 12 kru ‘Eemslift Hendrika’ telah diselamatkan pada Isnin dalam operasi peringkat kedua yang mencabar selepas mereka mengeluarkan amaran kecemasan semasa melalui dari Bremerhaven di Jerman ke pelaburan Kolvereid, Norway.

Kapal kargo itu membawa beberapa kapal kecil dan mula menyenget selepas angin kencang dan ombak tinggi menyasarkan beberapa kargonya.

‘Eemslift Hendrika’ juga mengalami kegagalan enjin dan mula hanyut ke pesisir Norway.

Lapan daripada krunya diselamatkan menggunakan helikopter dari dek kapal kargo oleh perkhidmatan penyelamat Norway namun empat yang terakhir terjun ke air dan diselamatkan. – AFP

Kapal kargo Belanda, Eemslift Hendrika ketika ditunda dekat Aalesund pada 8 April. – AFP