Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Norwegian Air tempah 50 pesawat Boeing 737 MAX

    OSLO, 30 MEI – Syarikat penerbangan tambang murah Norwegian Air Shuttle berkata hari ini ia akan membeli 50 kapal terbang Boeing 737 MAX 8, dalam satu lagi rangsangan kepada pesawat udara AS yang dilanda krisis selepas dua nahas yang membawa maut.

    Sebanyak 50 pesawat udara baharu itu akan diserahkan di antara 2025 dan 2028, atau pada masa apabila perjanjian penyewaan pesawat udara Norway mansuh, dan kontrak tersebut termasuk opsyen untuk membeli 30 buah pesawat tambahan, kata syarikat dalam satu kenyataan.

    Tempahan merupakan berita dialu-alukan untuk pengeluar AS Boeing 737 MAX 8, yang terhenti selama 20 bulan ekoran dua kemalangan dan telah kembali beroperasi secara beransur-ansur sejak akhir 2020.

    Sementara itu, Norwegian dan Boeing telah dibelenggu isu perundangan selama beberapa tahun, dengan Norwegian melancarkan prosiding guaman ke atas syarikat AS untuk menuntut bayaran pampasan berkaitan isu pesawat 737 MAX dan 787 Dreamliner.

    Syarikat penerbangan itu tidak menyatakan hari ini sama ada tempahan membentuk sebahagian daripada penyelesaian perbalahan.

    Norwegian berkata perjanjian itu masih tertakluk kepada ‘beberapa syarat’ yang diharapkannya dapat dimuktamadkan pada akhir Jun.

    Norwegian, yang mengendali 61 buah pesawat udara buat masa sekarang, merancang menambah operasi untuk memiliki 70 pesawat pada musim panas ini dan 85 buah lagi pada musim panas 2023. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...