Norwich menang tipis

NORWICH, 26 JAN – Norwich memenangi perlawanan dengan jaringan 1-0 menentang pasukan yang bergelut di zon penyingkiran di Liga Perdana Bournemouth apabila VAR membantu Norwich memberi keputusan jaringan gol pada perlawanan kelmarin.

Kedua-dua pasukan terpaksa bermain 10 pemain apabila pengadil perlawanan Paul Tierney melayangkan kad merah kepada pemain Bournemouth, Steve Cook akibat kekerasan yang dilakukannya pada babak pertama perlawanan, namun Ben Godfrey dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning setelah pengadil perlawanan melihat kembali ulangan di skrin VAR.

Cook diarahkan keluar padang ketika dia didapati melakukan kesalahan handball apabila percubaan peluang jaringan gol oleh Ondrej Duda setelah itu Teemu Pukki ditolak oleh Aaron Ramsdale. Pukki berjaya mendahului pasukannya melalui sepakan penalti seterusnya untuk meletakkan Norwich dalam kedudukan yang baik untuk memastikan kemenangan pertamanya sejak September.

Pada babak kedua perlawanan, Godfrey dibuang padang akibat kekerasan yang dilakukannya terhadap Callum Wilson. Norwich sebelum ini berada lapan mata selamat daripada kedudukan bahaya zon penyingkiran tetapi semakin menghampiri zon bahaya dengan enam mata dan hanya perbezaan tiga mata di tangga ke-19 Bournemouth. – AFP

Reaksi pemain Norwich, Teemu Pukki meraikan jaringannya pada perlawanan Piala FA menentang Bournemouth di Stadium Carrow Road, England. – AP