Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Norza benarkan Zii Jia jadi pemain profesional

    KUALA LUMPUR, 25 JAN – Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM),  Tan Sri Mohamad Norza Zakaria telah memberikan lampu hijau kepada pemain perseorangan lelaki nombor satu Malaysia, Lee Zii Jia untuk beraksi sebagai pemain profesional.

    “Confirmed (Sah),” kata Mohamad Norza dalam maklum balas ringkasnya kepada Bernama ketika dihubungi untuk mendapatkan penjelasan mengenai hantaran Zii Jia dalam laman Facebooknya hari ini.

    Ini setelah Zii Jia menyatakan bahawa Mohamad Norza telah “merestui” hasratnya untuk menjadi pemain profesional selepas perjumpaan daripada hati ke hati antara Mohamad Norza dengan beliau bersama ibu bapanya.  

    “Saya gembira kami sudah menyelesaikan isu ini dengan BAM selepas menerima ‘restu’ Tan Sri untuk saya menjadi pemain profesional. 

    Pencapaian saya pada masa lalu dan akan datang akan sentiasa merupakan hasil usaha Tan Sri Norza, BAM dan Malaysia. Saya sentiasa berterima kasih dengan bimbingan dan jagaan Tan Sri dan memberikan saya peluang untuk berkhidmat kepada negara yang saya cintai,” kata Zii Jia. 

    Oleh itu, pemain nombor tujuh dunia itu berkata beliau akan kembali beraksi dengan menyertai  Kejohanan  Badminton Berpasukan Asia ​​​​​(BATC) 2022 yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Selangor dari 15 hingga 20 Februari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...