Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nostalgia perlawanan terbaik bola sepak dunia

    LONDON – Barcelona menjadi pasukan bola sepak terkini yang berjaya melakukan sesuatu yang mustahil.

    Selepas ketinggalan 4-0 selepas perlawanan pertama, Barcelona berjaya menjaringkan setengah dozen gol Rabu lalu untuk menewaskan pasukan Paris Saint-Germain 6-1 dan mara ke suku akhir Liga Juara-juara dengan agregat 6-5.

    Tiga gol terakhir, dua dijaringkan oleh Neymar dan lainnya hasil rancangan penyerang Brazil, yang muncul pada akhir tujuh minit permainan.

    Berikut adalah beberapa perlawanan menarik dari beberapa pasukan terdahulu yang mengungkit seribu satu kenangan, hasil gambar daripada Associated Press.

    Jerman Barat – Hungary

    Secara kesimpulannya bahawa Hungary akan memenangi Piala Dunia pada tahun 1954. Lagipun, Hungary adalah juara Olimpik, rekod tanpa kalah selama empat tahun berturut-turut, dan mempunyai pemain yang paling digeruni di dunia iaitu Ferenc Puskas.

    Gambar fail 4 julai 1954 menunjukkan pemain Jerman Barat, Helmut Rahn, (tengah dengan tangan ke atas), meraikan selepas menyamakan kedudukan pada perlawanan akhir Piala Dunia menentang Hungary, di Stadium Wankdorf, di Bern, Switzerland. – AP

    Gambar fail 23 julai 1966 menunjukkan pemaian Portugal, Eusebio (kiri) menjaringkan salah satu gol daripada empat golnya semasa perlawanan suku akhir Piala Dunia menentang Korea Utara di Goodison Park, Liverpool. – AP

    Gambar fail 26 Mei 1999, pemain Bayern Munich Carsten Jancker telah ditenangkan oleh pasukan lawan Bixente Lizarazu selepas Bayern ditewaskan oleh Manchester United dengan 2-1 pada perlawanan akhir Piala Juara-juara UEFA di Stadium Camp Nou di Barcelona. – AP

    Dan Hungary juga telah mengalahkan Jerman Barat dengan jaringan 8-3 pada awal perlawanan.

    Sebaliknya, pemain-pemain Jerman Barat kembali bangkit daripada ketinggalan dua gol pada perlawanan akhir untuk mengalahkan ‘Magical Magyar’ dengan gol daripada Hlemut Rahn sebelum enam minit perlawanan tamat yang digelar ‘Keajaiban Bern’.

    Portugal – Korea Utara

    Korea Utara tidak sepatutnya ke suku akhir Piala Dunia pada tahun 1966.

    Tetapi kemenangan terhadap Itali itu memang mengejutkan, juara dunia sebanyak dua kali di peringkat kumpulan, bersama-sama dengan Portugal.

    Dengan Eusebio mendahului perlawanan, Portugal sangat teruja untuk mara ke separuh akhir.

    Korea Utara berjaya mendahului perlawanan dengan jaringan 3-0 dalam 25 minit pertama, dan Portugal juga berjaya mengawal keadaan dan memenangi perlawanan dengan keputusan 5-3 apabila Eusebio menjaringkan empat gol.

    Jerman Barat – Perancis

    Perlawanan separuh akhir Piala Dunia pada tahun 1982 antara Jerman Barat dan Perancis dianggap sebagai salah satu perlawanan yang paling diingati dan terbesar.

    Pasukan Perancis yang diketuai oleh Michel Platini telah muncul sebagai juara yang berpotensi.

    Jerman Barat, sebaliknya, tidak menunjukan usaha, dan apabila Perancis mendahului 3-1 pada pertengahan tempoh pertama masa tambahan.

    Tetapi pasukan Jerman Barat mempelajari kesilapan mereka dan perlawanan itu seakan tidak ada penghujungnya sehingga wisel penamat dibunyikan.

    Gambar fail 8 Julai 1982 menunjukkan pemain Jerman Barat Klaus Fisher menjaringkan gol ketiga dan menyamakan kedudukan, dalam perlawanan Piala Dunia menentang Perancis, di Seville, Sepanyol. – AP
    Gambar fail 8 Julai 1982 menunjukkan pemain Jerman Barat Klaus Fisher menjaringkan gol ketiga dan menyamakan kedudukan, dalam perlawanan Piala Dunia menentang Perancis, di Seville, Sepanyol. – AP
    Gambar fail 25 Mei 2005 menunjukkan reaksi pemain Liverpool, Luis Garcia (kanan) selepas rakan sepasukan Xabi Alonso (di belakang, di sebelah kanan), menjaringkan gol ketiga buat pasukannya, semasa perlawanan akhir Liga Juara-juara antara AC Milan dan Liverpool di Stadium Olimpik Ataturk di Istanbul, Turki. – AP

    Gol daripada Karl-Heinz Rummenigge dan Klaus Fischer menentukan perlawanan Piala Dunia itu yang mana ditentukan melalui sepakan penalti buat kali pertama.

    Jerman Barat akhirnya memenangi perlawanan itu, dengan jaringan penalti kemenangan oleh Horst Hrubesch.

    Manchester United – Bayern Munich

    Apabila 90 minit telah berlalu dan dengan hanya mempunyai masa kecederaan untuk bermain, Bayern Munich dijangka akan memenangi Piala Eropah buat kali pertama dalam tempoh 23 tahun.

    Apabila ketinggalan 1-0 di belakang dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara di Barcelona dan bermain dengan permainan terbaik, Manchester United mempunyai idea lainnya.

    Gol pada minit kecederaan di separuh masa kedua, hasil pertukaran pemain gantian Teddy Sheringham dan Ole Gunnar Solkjaer memastikan kemenangan 2-1 buat United dan ini bermakna Piala Eropah telah kembali semula ke Old Trafford buat kali pertama sejak tahun 1968.

    Liverpool – AC Milan

    Liverpool membuat kemunculan semula dengan kenangan perlawanan pada tahun 2005 apabila ia menewaskan AC Milan menerusi penalti walaupun berada di belakang dengan jaringan 3-0 pada separuh masa pertama dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara di Istanbul. Gol daripada Steven Gerrard, Vladimir Smicer dan Xabi Alonso dalam hanya enam minit permainan pada awal babak kedua menyaksikan Liverpool berjaya menyamakan kedudukannya.

    Kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk menang dalam masa sebenar dan kemudian dalam masa tambahan. Liverpool memenangi perlawanan dengan sepakan penentuan 3-2 untuk menjulang Piala Eropah buat kali kelima. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda