Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nostalgia remaja pada suatu ketika dahulu

    Oleh Haji Mohd Daud Abdul Rahman

     

    MASA sudah jauh meninggalkan kita. Tidak terasa usia semakin lanjut. Alat-alat muzik seperti gambus, rebana dan hadrah sering dimainkan pada majlis-majlis perkahwinan di Kampong Ayer yang kini amat jarang lagi digunakan. Alat-alat inilah yang menghiburkan para remaja pada satu ketika dahulu.

    Pada sekitar tahun 1960-an, para remaja ini akan melakukan persembahan apabila di undang. Ia kebiasaannya diadakan di Dewan Kemasyarakatan Bandar Brunei bersama-sama dengan penyanyi undangan yang tidak asing lagi pada ketika itu iaitu A.Ramlie dan pelakon filem terkenal, Wahid Satay.

    Remaja-remaja terutama kaum lelaki pada ketika itu suka memakai baju ‘Checkered’ sambil menonton wayang, duduk bersama rakan-rakan di Padang Besar, Bandar Brunei. Berdekatan dengan panggung wayang lama Boon Pang, mereka akan menghabiskan masa bersama dengan bergambar ramai dengan memakai pakaian ‘Checkered’ berserta tali leher dan baju lengan panjang sepertimana fesyen pada zaman 60-an.

    Kini, wajah-wajah pemuda yang terdapat dalam gambar ini sudah kembali ke rahmatullah di mana usia bagi gambar-gambar kenangan lama ini adalah lebih daripada 60 tahun. Ia diharap agar para belia pada masa ini akan dapat mengenali suasana remaja-remaja pada era zaman 1950-an dan 1960-an.

    Alat-alat muzik seperti gambus, rebana dan hadrah sering dimainkan oleh pemuda-pemuda pada ketika itu semasa majlis-majlis perkahwinan di Kampong Ayer.
    Alat-alat muzik seperti gambus, rebana dan hadrah sering dimainkan oleh pemuda-pemuda pada ketika itu semasa majlis-majlis perkahwinan di Kampong Ayer.
    Cara pemakaian para remaja di Kampong Ayer pada tahun 1960-an semasa menghadiri majlis perkahwinan.
    Cara pemakaian para remaja di Kampong Ayer pada tahun 1960-an semasa menghadiri majlis perkahwinan.

    Gambar kenangan para remaja pada zaman 1950-an.
    Gambar kenangan para remaja pada zaman 1950-an.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda