Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Nottingham Forest dapatkan Jesse Lingard

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 22 JULAI – Nottingham Forest kelmarin menewaskan saingan daripada pasukan Liga Perdana lain untuk mendapatkan khidmat Jesse Lingard secara percuma.

    Lingard telah meninggalkan Manchester United pada bulan lalu sebagai ejen bebas selepas kerjaya senior selama 11 tahun di Old Trafford.

    Pemain berusia 29 tahun itu menjaringkan sebanyak 35 gol dalam 231 penampilan untuk The Red Devils dan turut mempamerkan aksi cemerlang semasa tempoh pinjaman di West Ham pada musim 2020/21.

    Perpindahannya untuk kembali bersama Hammers juga telah digembar-gemburkan, tetapi Hammers dikejutkan dengan Forest menawarkan perjanjian setahun bernilai AS$240 ribu seminggu menurut The Guardian.

    Lingard juga berharap untuk kembali berusaha merebut tempat dalam skuad kebangsaan untuk beraksi di Piala Dunia.

    Pemain tengah itu juga memainkan pera-nan penting dalam skuad Gareth Southgate yang mara ke separuh akhir Piala Dunia empat tahun lalu namun terlepas daripada beraksi di Euro 2020 tahun lalu setelah dimasukkan dalam senarai awal.

    Lingard akan berganding dengan bekas rakan sepasukan di United, Dean Henderson, yang menyertai Forest secara pinjaman pada awal bulan ini.

    Nottingham Forest juga telah menandatangani Moussa Niakhate, Giulian Biancone, Omar Richards, Neco Williams, Harry Toffolo, Lewis O’Brien, Brandon Aguilera, Wayne Hennessey dan Taiwo Awoniyi ketika mereka bersedia untuk musim pertama mereka di liga utama setelah penantian selama 24 tahun. – AFP

    Lingard meninggalkan Manchester United pada bulan lalu dan kini menyertai Nottingham Forest secara ejen bebas percuma. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...