LONDON, 18 MEI – Nottingham Forest hanya tinggal satu perlawanan lagi untuk kembali ke Liga Perdana buat kali pertama sejak 1999 selepas menewaskan Sheffield United menerusi penentuan sepakan penalti dalam separuh akhir play-off Kejuaraan yang dramatik kelmarin.
Forest mendahului 2-1 dalam perlawanan pertama dan dilihat sudah bersedia untuk beraksi Wembley apabila Brennan Johnson meledak ke bahagian sudut atas pada minit ke-19.
Walau bagaimanapun, The Blades bangkit selepas rehat apabila gol daripada Morgan Gibbs-White dan John Fleck mengheret kedudukan seri ke masa tambahan.
Kebangkitan pasukan pelawat dinafikan dengan penyelamatan cemerlang Brice Samba lima minit sebelum tamat perlawanan apabila dia bertindak menghalang percubaan Iliman Ndiaye.
Samba adalah wira Forest dalam penentuan sepakan itu ketika dia menyelamatkan sepakan daripada Oliver Norwood, Conor Hourihane dan Gibbs-White. – AFP
