Friday, December 1, 2023
29.6 C
Brunei

    -

    Nourul kongsi pengalaman berdepan krisis anak

    Penyanyi Nourul Wahab Depp terbuka berkongsi tip mengenai pengalaman sebagai ibu berdepan krisis bersama anak gadisnya, Ayu Nazirah seperti yang hangat diperdebatkan dalam media sosial, baru-baru ini.

    Nourul atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab berkata, panduan itu dikongsi bersama peserta program seminar motivasi, Firetalk & Showcase yang bakal diadakan di Hotel Royale Chulan pada 25 November ini.

    “Salah satu menjadi inspirasi untuk menganjurkan program ini adalah berdasarkan pengalaman yang saya lalui.

    “Ramai hantar mesej peribadi atau bercakap dengan saya mengenai perkara ini seperti kesedihan, keperitan, bagaimana nak kendalikan, tak kuat, macam mana nak jadi kuat dan sebagainya.

    “Ini juga menjadi inspirasi kepada saya kerana sebagai manusia pasti melalui situasi sukar dan mencabar, tak kisah berkaitan soal kerja, keluarga atau anak sendiri, kita pasti akan diuji.

    Nourul jadikan pengalamannya sebagai inspirasi menganjurkan program motivasi bagi membantu mereka yang berdepan situasi sukar dan mencabar. – mStar

    “Saya percaya setiap ujian besar, adalah sesuatu yang Allah nak berikan. Menerusi program ini, saya nak bantu segelintir wanita yang berdepan dengan cabaran seperti saya.

    “Mereka juga memberi inspirasi kepada saya untuk membantu,” katanya pada sidang media secara virtual, hari ini.

    Nourul mengulas pertanyaan mengenai hubungannya dengan Ayu selepas memuat naik hantaran seolah berkecil hati apabila dipinggirkan anak sulungnya pada September lalu tanpa memperincikan butiran salah faham tercetus.

    Menjawab pertanyaan apakah mereka masih berhubungan selepas insiden itu, dia mengakui masih saling bertanya khabar, namun tidak terlalu kerap.

    “Kalau namanya anak, adalah sesekali,” jawabnya ringkas.

    Enggan isu berlarutan, penyanyi yang namanya meledak menerusi lagu Kerana Terluka itu memilih tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Semakin ramai pelajar Korea mahu jadi doktor kerana gaji tinggi

    SEOUL, 1 DIS - Pendapatan tinggi telah menjadi sebab utama pelajar sekolah rendah dan menengah di Korea Selatan memilih menjadi doktor perubatan sebagai laluan...