Tuesday, September 26, 2023
25.6 C
Brunei

    -

    Novavax vaksin kelima diluluskan Australia

    CANBERRA, 20 JAN – Vaksin COVID-19 Novavax hari ini menjadi vaksin koronavirus kelima diluluskan untuk kegunaan di Australia.

    Negara itu sudah menempah 51 juta dos vaksin dikilangkan di Amerika Syarikat (AS) itu, dibekalkan di bawah jenama Nuvaxovid untuk kegunaan 26 juta penduduknya. Vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Moderna sudah pun digunakan di Australia manakala vaksin buatan Johnson and Johnson, Jansen juga sudah diluluskan namun belum lagi dibeli oleh kerajaan.

    Vaksin Novavax akan tersedia bagi warga Australia yang belum divaksin berusia 18 tahun ke atas namun ia tidak akan digunakan sebagai dos penggalak bagi 95 peratus populasi berusia 16 dan warga lebih tua yang sudah pun menerima vaksin.

    “Terdapat sejumlah individu yang belum lagi menerima suntikan vaksin di negara ini, yang menunggu Novavax dan bagus akhirnya ia sudah diluluskan,” kata ketua pengawal atur, John Skerrit dari Theraupetic Goods Adminstrattion. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun lulus ubat Alzheimer oleh Eisai & Biogen

    TOKYO, 26 SEPT - Kementerian kesihatan Jepun pada kelmarin meluluskan pengeluaran dan penjualan ubat untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Jepun Eisai...