Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

NS Mura malukan Tottenham

-

LONDON, 26 NOV – Pengurus Tottenham Antonio Conte berkata dia mula menyedari tahap sebenar skuadnya selepas dimalukan dengan kekalahan 2-1 oleh kelab kerdil Slovenia NS Mura dalam saingan Liga Konferens.

Spurs kini perlu menewaskan Rennes di laman sendiri dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan G untuk mengelak daripada tersingkir pada kejohanan peringkat ketiga Eropah itu.

Mereka tidak berpeluang untuk mengejar Rennes di tangga teratas dan hanya layak untuk mara ke peringkat 32 terakhir, manakala juara kumpulan akan terus layak ke kelompok 16 terakhir.

Harry Kane salah seorang daripada dua pemain yang dikekalkan daripada skuad yang meraih kemenangan 2-1 ke atas Leeds dalam saingan Liga Perdana Inggeris Ahad lalu.

“Selepas tiga minggu saya mula memahami situasi sebenar. Ia bukan mudah. Pada ketika ini standard Tottenham tidak terlalu tinggi.

“Saya perlu jujur dan memberitahu awda selepas tiga minggu setengah, saya mula memahami situasi. Saya boleh katakan ia bukan situasi yang mudah.

“Orang mungkin berfikir yang jurulatih baharu sudah tiba dan Conte pernah menang sebelum ini, dan saya adalah ahli silap mata. Namun keajaiban yang saya boleh lakukan hanyalah bekerja,” kata Conte.

Tomi Horvat meletakkan tuan rumah di hadapan sebelum kad merah Ryan Sessegnon menyebabkan Tottenham terpaksa bermain dengan 10 orang untuk sejam terakhir.

Kane menyamakan kedudukan 18 minit sebelum tamat, tetapi Amadej Marosa meledak gol kemenangan NS Mura dalam masa kecederaan. – AFP

Aksi pemain Tottenham Harry Kane (kanan) semasa perlawanan di antara Mura dan Tottengam Hotspur di Maribor, Slovenia pada 25 November. – AP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -