Friday, December 1, 2023
29.6 C
Brunei

    -

    NS$100 menang Kejohanan Futsal Guru-guru Belait ke-6

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 21 NOV – Pasukan NS$100 berjaya menundukkan pasukan JPKK Suka-Suka dalam perlawanan akhir Kejohanan Futsal Guru-guru ke-6 Daerah Belait yang diadakan pada 19 November lalu.

    Kejohanan tersebut merupakan anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum (JPKK) setiap tahun, di mana pada tahun ini diadakan sempena sambutan Hari Guru ke-33 yang menyaksikan lapan pasukan ikut bertanding.

    Antara pasukan yang terlibat termasuklah Sumis 2.3, Permata 2.0, JPI A, dan JPKK Suka-Suka 2.0 dalam Kumpulan A, manakala SMPJNPHAB, SMSA, JPI C, dan NS$100 bersaing dalam Kumpulan B.

    Selepas pasukan-pasukan bersaing dalam peringkat kumpulan pusingan robin untuk separuh pertama kejohanan, dua pasukan teratas dari kedua-dua kumpulan berjaya mara ke separuh akhir kejohanan, manakala pasukan lain berentap untuk merebut pingat perak.

    Pusingan akhir untuk pingat Perak menyaksikan kedudukan terikat 1-1 antara Pasukan SMSA dan Pasukan Permata 2.0, yang berakhir dengan sepakan penalti, di mana pasukan SMSA berjaya mendahului dengan kelebihan satu mata, 4-3, dan meraih pingat perak.

    Sementara itu, Pasukan JPI C dan Pasukan JPI A bersaing dalam perlawanan tempat ketiga, di mana Pasukan JPI C berjaya mendapatkan kelebihan tiga mata dan menduduki tempat ketiga dengan keputusan akhir 6-3.

    Untuk perlawanan akhir, Pasukan JPKK Suka-Suka menentang Pasukan NS$100 dengan Pasukan JPKK Suka-Suka memperoleh pendahuluan awal pada separuh pertama. Namun, Pasukan NS$100 bangkit dengan cemerlang pada separuh kedua, berhasil menyamakan kedudukan dan menjaringkan gol tambahan menentang saingan yang kuat. Di akhir perlawanan menyaksikan keputusan jaringan yang berkesudahan 1-2 memihak kepada Pasukan NS$100.

    Hadir selaku tetamu bagi menyampaikan pingat dan piala kepada pasukan pemenang ialah bekas pegawai pendidikan di JPKK Daerah Belait, Dayang Kasmah binti Haji Mohamad Nor.

    Antara aksi para pemain semasa kejohanan tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Semakin ramai pelajar Korea mahu jadi doktor kerana gaji tinggi

    SEOUL, 1 DIS - Pendapatan tinggi telah menjadi sebab utama pelajar sekolah rendah dan menengah di Korea Selatan memilih menjadi doktor perubatan sebagai laluan...