NSFC dibarisi 85 peratus pemain baharu

SEREMBAN, 24 DIS – Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) di bawah kendalian ketua  jurulatih baharu K. Devan, akan dibarisi 85 peratus pemain baharu bagi menghadapi saingan Liga Premier musim hadapan.

Mengesahkan perkara berkenaan kepada Bernama, beliau berkata kebanyakan mereka merupakan pemain kelahiran Negeri Sembilan yang berpengalaman, dan bermain dengan beberapa pasukan lain di Liga Super serta Liga Premier, pada musim ini.

“Buat masa ini, kita sudah ada 16 hingga 17 pemain tempatan dan pemain import pula kita ambil empat pemain dan seorang pemain import sudah kita sahkan dan tiga lagi pemain sedang dikenal pasti.

“Dengan perubahan besar yang saya lakukan pada tahun ini, mengambil pemain berkualiti, saya yakin dengan pasukan yang akan kita bentuk.” – Bernama