Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    NSW catat angka kematian tertinggi

    SYDNEY, 9 JAN – New South Wales di Australia hari ini melaporkan 16 kematian dalam hari terburuk semasa pandemik, meskipun ia melonggarkan sekatan untuk membenarkan pekerja penting di bahagian pengasingan untuk kembali bekerja sekiranya mereka tidak mempunyai gejala.

    Lebih 30,000 kes baharu dicatatkan di negeri paling padat penduduk di Australia, memaksa mereka untuk menjalani pengasingan sama seperti 200,000 penduduk yang lain.

    Tiada statistik disimpan untuk menentukan berapa ramai pekerja penting di sektor makanan dan perkilangan.

    Namun beberapa majikan berkata separuh daripada kakitangan mereka diarah untuk bercuti daripada bertugas selepas menjadi kontak kepada kes positif.

    Para pembeli dilaporkan menghabiskan bekalan di pasar raya kerana impak penularan Omicron terhadap makanan dan rantaian bekalan.

    Kakitangan kesihatan menjalankan ujian secara pandu lalu di Bondi Beach, Sydney. Negeri New South Wales mencatatkan angka kematian tertinggi semasa pandemik iaitu seramai 16 kematian.- AP

    “Petugas kritikal di sektor logistik makanan dan perkilangan diarah cuti daripada bertugas dengan kontak rapat dibenarkan untuk tidak perlu menjalani pengasingan diri dan kembali bekerja jika mereka tidak mempunyai gejala COVID-19, bagi memastikan negeri itu terus mendapatkan akses barangan penting,” menurut kenyataan Kesihatan New South Wales hari ini.

    Pekerja hanya dibolehkan untuk tidak menjalani pengasingan diri jika majikan mereka memutuskan ketiadaan mereka akan memberikan risiko gangguan besar untuk melakukan perkhidmatan kritikal dan jika mereka tidak mampu melakukannya dari rumah.

    Seramai 16 orang yang meninggal dunia hari ini termasuk lapan wanita dan lapan lelaki berusia lingkungan 60an hingga 90an, menurut Kesihatan New South Wales.

    Angka tersebut melepasi rekod sebelumnya iaitu 15 kematian, yang berlaku dua kali iaitu pada 29 September dan 1 Oktober tahun lalu.

    Seramai 1,927 orang berada di hospital, termasuk 151 berada di unit rawatan rapi.- AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...