Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    NSW wajibkan laporan ujian ART

    SYDNEY, 12 JAN – Negeri paling padat penduduk di Australia, New South Wales (NSW), telah mewajibkan laporan keputusan ujian antigen pantas (ART) hari ini ketika ia mengalami hari terburuk sepanjang pandemik dengan merekodkan 21 kematian.

    Perdana Menteri Negeri, Dominic Perrottet berkata penduduk yang gagal mendaftarkan ujian ART akan berdepan denda sebanyak 1,000 dolar Australia bermula minggu depan.

    Perrottet berkata proses pendaftaran adalah mudah dan akan membantu pegawai kesihatan memberikan lebih banyak sokongan untuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

    Sebanyak 21 kematian dilaporkan di New South Wales (NSW) hari ini, memecahkan rekod 18 kematian pada Isnin. Negeri tersebut menyaksikan 34,759 kes baharu COVID-19 dan 2,242 orang dimasukkan ke hospital, termasuk 175 pesakit berada di unit rawatan rapi.

    Negeri Victoria, ibu kota Melbourne akan menganjurkan Terbuka Australia bermula minggu depan, juga melaporkan 21 kematian hari ini serta 40,127 kes baharu ketika kerajaan negeri mengumumkan 1,000 pelajar kesihatan tahun pertama dan jururawat yang bersara turut direkrut ketika pemvaksin cuba memenuhi permintaan tinggi untuk mendapatkan suntikan penggalak.

    Timbalan Perdana Menteri, James Merlino berkata sistem kesihatan negeri terbeban, dengan kira-kira 6,000 kakitangan tidak dapat bertugas selepas disahkan positif atau menjadi kontak rapat kes positif.

    Arahan baharu pandemik dilaksanakan di Victoria hari ini dengan menjadikan kewajipan suntikan penggalak sebagai mandatori bagi petugas kritikal dalam pelbagai bidang termasuk penjagaan kesihatan, pusat penjagaan orang kelainan upaya, rumah orang tua, perkhidmatan kecemasan, kuarantin hotel dan pengagihan makanan. – AP

    Penumpang yang baru tiba dari Melbourne menjalani saringan yang dilakukan oleh pegawai kesihatan di lapangan terbang Sydney. New South Wales telah mewajibkan laporan keputusan ujian ART setelah merekodkan 21 kematian, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...