PETALING JAYA – Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu, Afifah Hidayah Taufek, 28, selamat melahirkan cahaya mata perempuan kira-kira pukul 9.45 malam Rabu.
Anak damit seberat 3 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Seremban, Negari Sembilan.
Nubhan, 31, berkata, dia dan isteri sepakat memlih nama Aafiya Kamilia kepada anak sulung berkenaan.
“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan cahaya mata secara normal malam tadi. Kami berharap zuriat ini membawa bahagia dalam kehidupan kami.

“Doakan anak kami sihat dan membesar dengan baik,” ujarnya.
Dalam pada itu, ditanya tentang trend membuka laman sosial, Nubhan berkata, dia masih belum memikirkan untuk membuka akaun instagram anak berkenaan. Pasangan ini berkahwin pada 29 Ogos 2015 dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di kediaman wanita itu di Seremban.