DENVER, 20 JAN – Nikola Jokic memperoleh 49 mata, 14 rebound dan mengumpan Aaron Gordon untuk membuat jaringan three-point bagi memecah seri ketika hanya berbaki 1.9 saat dalam masa tambahan untuk memberikan assist ke-10nya, memberikan Denver Nuggets kemenangan 130-128 ke atas Los Angeles Clippers pada malam kelmarin.
Jokic menarik dua pasukan, kemudian melakukan hantaran melintasi gelanggang ke sudut kiri. Gordon membuat jaringan three-point keempat untuk memberikannya 28 mata dan Jokic membuat tiga kali triple-double berturut-turut dan yang ke-10 pada musim ini.
“Saya tahu bola itu akan datang kepada saya kerana Jok bermain dengan baik, hantaran tepat, malah dalam situasi tertekan,” kata Gordon. “Dia meletakkannya tepat pada masanya dan tepat pada sasaran. Apa yang saya perlu lakukan ialah menangkap dan menjaringkannya.”
Pemain gantian Nuggets, Devon Reed diturunkan ke gelanggang selepas Gordon menjaringkan mata dan menerima kekasaran teknikal. Selepas Luke Kennard menjaringkan lontaran percuma, jaringan three-point dari jauh melantun dari papan kaca dan masa pun tamat pada buzzer.
Monte Morris menambah 19 mata, sembilan rebound dan sembilan assist ketika Nuggets memenangi untuk ketiga kalinya dalam empat perlawanan dengan prestasi cemerlang dari Jokic.
“Apabila dia bermain dengan caranya, tiada siapa di dunia ini dapat menghentikannya,” kata Morris.
Ivica Zubac memiliki karier terbaiknya dengan memperoleh 32 mata dan 10 rebound sebagai tambahan. Jackson, yang membesar di Colorado Springs, telah memperoleh 28 mata dan 12 assist dan dia selalu memberi ‘blowing kiss’ kepada penonton yang mencemuh selepas membuat jaringan ketika Clippers tewas dua kali berturut-turut untuk permulaan perlawanan sepanjang musim NBA, dengan lapan perlawanan. – AP