Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Nuggets tewaskan Warriors

    WASHINGTON, 25 APRIL – Nikola Jokic menjaringkan sebanyak 37 mata dan Denver Nuggets terselamat daripada tersingkir daripada perlawanan playoff NBA kelmarin, menewaskan Golden State Warriors 126-121.

    Pemain Serbia berusia 27 tahun itu, Pemain Paling Berharga (MVP) NBA pada musim lalu, juga memberikan lapan rebound dan enam assist ketika Nuggets berada dalam kedudukan 3-1 dalam tujuh siri perlawanan untuk mendapatkan perlawanan kelima pada Rabu nanti di San Francisco.

    Selepas Stephen Curry berjaya melakukan jaringan untuk memimpin Golden State mendahului 121-119 dengan baki masa 1:21, Jokic melakukan layup, Monte Morris berjaya menjaringkan bola untuk mendahului dengan baki masa 33 saat dan selepas melakukan rampasan bola oleh Austin Rivers, Jokic melakukan hantaran kepada Will Barton bagi mendapatkan mata penentu melalui jaringan three-point dengan baki masa 8:3 saat. Tiada pasukan dalam sejarah NBA yang telah mengatasi defisit 3-0 untuk memenangi siri playoff tetapi Jokic berkata bahawa Nuggets mempunyai semangat untuk mencipta sejarah.

    Morris memperoleh 25 mata dan Aaron Gordon pula menambah 21 mata untuk pasukan Denver.

    Curry yang baru diturunkan dari bangku simpanan menyumbang 33 mata untuk Golden State sementara Thompson menjaringkan 32 mata dalam perlawanan playoff untuk mendapatkan 30 mata pertamanya sejak pusingan akhir NBA pada 2019.

    Jaringan layup oleh Curry, dunk daripada Andrew Wiggins dan Thompson pula melakukan jump shot untuk meletakkan Warriors dalam kedudukan 115-112 dengan baki 3:32. Jokic menyerang balas dengan melakukan jump shot tetapi Curry membuat dua jaringan percuma serta Wiggins menjaringkan mata pada 2:26 untuk membawa Golden State mendahului 117-116. – AFP

    Aksi Nikola Jokic (kiri) ketika cuba melepasi Andrew Wiggins dalam perlawanan pusingan pertama playoff NBA dalam Western Conference di Ball Arena. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...