Sunday, February 5, 2023
23.7 C
Brunei

-

Nuha akui emosi terganggu

Penyanyi, Nuha Bahrin berterima kasih kepada individu yang memuat naik video lama nyanyiannya hingga menyebabkan dia kembali dikecam warganet.

Enggan peduli dengan kata-kata sindiran tersebut, penyanyi lagu Casablanca itu sentiasa berdoa diberi kekuatan untuk menempuh cabaran dalam industri hiburan.

Nuha berkata, dia tidak terasa hati dengan kecaman, makian dan hinaan yang dilontarkan ramai kerana itu antara dugaan yang perlu dihadapi apabila memilih untuk menjadi anak seni.

Cuma, akui Nuha, emosinya sedikit terganggu apabila melihat ibunya terkesan dengan pelbagai komen negatif yang mengguris perasaan.

“Awak (individu muat naik video) sebenarnya sudah mengguriskan hati ibu saya. Apatah lagi, keluarga dan sepupu saya juga terkesan dengan perkara tersebut.

Nuha sentiasa berdoa diberi kekuatan untuk menempuh cabaran dalam industri hiburan. – Agensi

“Kalau awak berniat hendak memburukkan saya, sebenarnya saya sangat risau kerana awak turut mengajak orang lain melakukan dosa dengan menjatuhkan orang lain,” katanya selepas sidang akhbar majlis pelancaran lagu Casablanca dalam versi Arab, baru-baru ini.

Nuha mengulas mengenai isu video tular nyanyiannya yang pernah menerima kritikan ramai ketika menyertai program realiti, Vokal Mania, dua tahun lalu.

Ketika beraksi dalam program yang disiarkan di TV3 itu, Nuha membawakan lagu Kekasih Awal dan Akhir nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah.

Nuha dan pasangan duetnya, Naufal Azrin muncul dengan single Casablanca dalam versi Arab sepenuhnya selepas lagu tersebut berjaya meraih tontotan 24 juta di YouTube.

Lagu ciptaan sepenuhnya Daqmie dan Wan Salleh itu turut menambat hati pendengar di Indonesia. Rentetan kejayaan tersebut, pihak pengurusan Bee Good Music dan Universal Music mahu memasarkan lagu itu ke negara Asia Barat.

Menurut Nuha, dia juga terbaca komen peminat dari Casablanca dan negara Asia Barat lain yang mahu single tersebut dihasilkan sepenuhnya dalam bahasa Arab.

“Alhamdulillah, lagu ini mempunyai magis yang tersendiri dan kejayaan sentuhan abang Daqmie dan Wan Salleh hingga mendapat perhatian orang luar adalah sesuatu yang tidak pernah saya jangkakan.

“Bukan semua komposer boleh menghasilkan lagu sehebat ini, apatah lagi abang Daqmie sebelum ini lebih banyak fokus kepada penerbitan lagu nasyid dan genre agak berat,” katanya. – Agensi

Artikel sebelum iniPablo Mari cedera ditikam
Artikel seterusnyaFord Everest tampil canggih
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bekas Menteri dijatuhi hukuman penjara 2 tahun

SEOUL, KOREA SELATAN, 3 FEB - Mahkamah Korea Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Menteri Kehakiman, Cho Kuk, selepas dia...
- Advertisment -