Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Nur Eillinnia, Siti Nur Saikyillah juara badminton UNIFIED

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JAN – Nur Eillinnia binti Jatah dan Siti Nur Saikyillah Atiqa binti Mohammad Jefri dari Sekolah Menengah Tanjong Maya (SMTM) muncul juara bagi kategori beregu wanita dalam Kejohanan Badminton UNIFIED yang berlangsung di Pusat Belia di ibu negara, kelmarin.

    Pasangan ini menewaskan gandingan Fatin Syazwani binti Muhammad Rijal dan Vivie Erna Merayu dari SMTM yang mendapat tempat kedua, manakal Nurul Shamima Shakirah binti Abdullah dan Rabiatul Dahlia binti Khairul Shafiee dari Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar (SMSAB) mendapat tempat ketiga.

    Sementara itu dalam kategori beregu lelaki, Mohammad Adrian Shah bin Mohammad Azrie dan Mohammad Terry Abdullah bin Mohammad Adri Shordy dari SMTM muncul juara manakala gandingan Jespher Jalung Singa dan Zharfan Syazwi bin Jaini dari SMTM mendapat tempat kedua dengan Awangku Muhammad Qawi bin Pengiran Haji Zainal dan Mohammad Shahrazeen Samat dari Sekolah Menengah Sayyidina Ali (SMSA) mendapat tempat ketiga.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Awang Julaihi bin Haji Mohamad. Turut hadir ialah Pemangku Ketua Unit Pendidikan Khas, Awang Eddy Fazlin bin Haji Amdan.

    Acara yang bermula pada 20 Januari lalu itu dipertandingkan dalam format round robin bagi tujuh beregu lelaki dan empat beregu wanita.

    Dalam pada itu, objektif kejohanan tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada masyarakat umum mengenai hak sama rata bagi orang-orang kelainan upaya dalam bidang sukan terutamanya badminton.

    Awang Julaihi, Awang Eddy Fazlin dan para pemenang bergambar ramai semasa kejohanan berkenaan. – Gambar serahan PBKBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...