Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Nur Rizwana menang hadiah utama tiket umrah

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MEI – Dayang Nur Rizwana binti Masrizal telah memenangi hadiah utama berupa tiket umrah untuk dua orang dalam Promosi Sungkai Bufet 2023 yang berlangsung di Restoran Coffee House Rizqun, kelmarin.

    Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah utama kepada Dayang Nur Rizwana bersama ibunya ialah Pengarah Operasi Hotel Antarabangsa Rizqun, Dayang Rashidah binti Hassan.

    Dayang Nur Rizwana semasa ditemui Media Permata berkongsi penerimaan hadiah utama berkenaan suatu rezeki yang tidak disangka dan ia merupakan kali pertama dalam hidupnya menerima hadiah yang begitu bermakna ini.

    “Insya Allah, saya akan mengerjakan umrah bersama ibu saya sekitar bulan Disember nanti,” ujarnya yang kini menuntut di Universiti Brunei Darussalam (UBD).

    Dayang Nur Rizwana, yang mengikuti promosi bersungkai bersama keluarganya pada penghujung Ramadan, menyatakan bahawa sungkai bufet di restoran tersebut sangat menyelerakan dengan pelbagai juadah yang menepati cita rasa.

    Promosi Sungkai Bufet 2023 merupakan projek amal jariah yang dijalankan oleh syarikat pada bulan Ramadan setiap tahun. Selain hadiah utama, para pelanggan juga berpeluang memenangi baucar penginapan dua hari satu malam di hotel tersebut melalui sesi cabutan mingguan sepanjang bulan Ramadan.

    Dayang Rashidah menyampaikan hadiah utama kepada Dayang Nur Rizwana dan ibunya.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...