Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Nur’Ishfa Nabiqah juara pertandingan Beyblade

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Dayang Nur’Ishfa Nabiqah binti Haji Rosaimi dari Pasukan Ghostbeys (GB) muncul juara dalam pertandingan Beyblade ‘2 0n 2’ anjuran Underground Tournament setelah menewaskan Junaidi bin Muhammad Yussof dari Pasukan Underground Beys (UG) dengan kiraan mata 5-4 dalam perlawanan akhir yang diadakan di Binglu Utara, Perumahan Tanah Jambu, kelmarin.

    Sementara itu, tempat ketiga disandang oleh Abdul Naim bin bin Haji Muhd Yussof dari Pasukan UG setelah menewaskan Massuny bin Haji Mohid dari Pasukan UG dengan kiraan 5-3.

    Manakala hadiah sagu hati masing-masing dimenangi oleh JB Abdul Malik Sofri, GB Haji Rosaimi, UG Norhayati dan GB Nur’Ishfa Nabiqah.

    Dalam saingan gelaran Liga Beyblade Brunei Darussalam bagi tahun 2023/2024, Pasukan Jakusha Bladers (JB) masih mendahului dengan 53 mata diikuti Pasukan Santai Aja Bladerz dan Pasukan UB yang berkongsi 35 mata sementara GB berjaya memperoleh 12 mata dan Beyblade Madness enam mata.

    Empat pasukan menyertai pertandingan Beyblade tersebut, iaitu Pasukan JB, UG, GB dan Santai Aja Bladerz (SA).

    Pertandingan yang diadakan itu bertujuan memeriahkan lagi suasana di hujung minggu di samping mengembangkan permainan itu kepada masyarakat umum sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim di antara pemain Beyblade.

    Antara perlawanan Beyblade yang sedang berlangsung. – Gambar serahan DBos Beys Beyblade Brunei
    Gambar ramai pemenang semasa pertandingan Beyblade yang diadakan di Binglu Utara, Perumahan Tanah Jambu, baru-baru ini. – Gambar serahan DBos Beys Beyblade Brunei

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...