Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Nurses Warrior muncul juara

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Dengan tujuan menggalakkan gaya hidup aktif melalui aktiviti sukan, memupuk kesefahaman dan kerjasama berpasukan serta merapatkan silaturahim, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Piala Menteri Kesihatan di dewan serbaguna Bolkiah Garison, kelmarin.

    Pasukan Nurses Warrior diangkat sebagai juara selepas mengalahkan pasukan PMMPMHAMB 23-14 yang mendapat tempat kedua. Manakala, tempat ketiga jatuh kepada pasukan Pharmacy selepas mengalahkan pasukan Dental 9-5 dalam perlawanan play-off.

    Hadir sebagai tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah ialah isteri kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan, Datin Dr Hajah Noraslinah binti Haji Ramlee.

    Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) di Kementerian Kesihatan, Dr Hajah Anie Haryani binti Haji Abdul Rahman. Sebanyak 11 pasukan dari jabatan-jabatan di bawah Kementerian Kesihatan di seluruh daerah telah menyertai kejohanan tersebut.

    Gambar ramai pasukan Nurses Warrior bersama pingat dan piala yang dimenangi.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...