Wednesday, April 17, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Nurul Shuhada lalui episod hidup yang buruk

    Isteri pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi, 29, iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, berharap orang ramai dapat terus mendoakannya diberi kekuatan untuk menempuh ujian rumah tangga yang dihadapi.

    Meluahkan perasaan melalui coretan dalam Instagram, hari ini, Nurul Shuhada berkata, dia tidak boleh lari daripada apa yang sudah menjadi ketetapan Yang Maha Esa, biarpun ia merupakan ujian paling berat pernah dilalui.

    “Saya akui, ujian Allah kali ini amat berat, sangat-sangat berat. Allah dah tulis takdir hidup saya dan anak-anak dengan sangat teliti. Sehebat dan seberat mana pun ujian buat saya dan anak-anak, saya tak boleh lari.”

    Tambah Nurul Shuhada, dia berharap diberi kemudahan untuk menempuh setiap ujian bersama anak-anaknya.

    “Rasanya jiwa saya dah rabak, hati dah remuk. Saya tahu Allah tengah hulurkan tangan buat saya untuk keluar daripada penderitaan, hubungan dan keluarga toksik ini. Mohon doakan saya dan anak-anak kuat.”

    Terdahulu, keluarga Nurul Shuhada mengesahkan wanita itu ditumbuk tiga kali oleh Hafidz selepas berlaku pertengkaran.

    Sementara itu, polis akan memanggil Hafidz yang dilaporkan menumbuk isteri dalam kejadian di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, awal pagi Khamis lalu.

    Sebelum ini, polis sudah mengambil keterangan Nurul Shuhada selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, bagi memberi keterangan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Kontinjen Selangor.

    Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan secara menyeluruh sebelum sebarang tindakan diputuskan. – Agensi

    Nurul Shuhada berharap diberi kemudahan untuk menempuh setiap ujian hidup. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...