Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Nuzul Al-Quran disambut 18 April

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 APRIL – Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1443 Hijrah akan diadakan pada 18 April depan di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas pada pukul 9 malam.

    Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dalam kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan bahawa tema bagi majlis sambutan peringkat negara pada tahun ini ialah ‘Bertemankan Al-Quran Sepanjang Zaman’.

    Antara pengisian acara ialah pemakluman keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1443 Hijrah dan akan diserikan dengan persembahan peserta terbaik setiap kategori musabaqah berkenaan.

    Majlis tahun ini dikendalikan bersama oleh KHEU Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Jabatan Hal Ehwal Masjid.

    Dalam sama-sama mengawal dan membendung penularan wabak COVID di negara ini, para jemputan diingatkan supaya mematuhi garis panduan ketika hadir ke majlis iaitu mendaftar masuk menggunakan aplikasi BruHealth serta mendapat kelulusan kod hijau dan kod kuning.

    Para jemputan dikehendaki membuat ujian pantas antigen (ART) di Dewan Perpaduan ICC sebelum hadir ke dewan majlis, digalakkan membawa tikar sembahyang bersaiz besar bagi yang hendak menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat terawih berjemaah di ICC, berwuduk di rumah, memakai pelitup muka, membuat pemeriksaan suhu badan, digalakkan mensanitasi tangan, mengamalkan penjarakan sosial, tidak bersalam-salaman dan segera bersurai setelah selesai majlis.

    Individu yang mempunyai simptom-simptom seperti demam panas, batuk, selesema, masalah pernafasan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan menghadiri majlis tersebut.

    Tempat sembahyang untuk lelaki adalah di Dewan Sidang Media dan bagi perempuan di Surau ICC.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...