NEW YORK, 13 Jun – Timbalan konsul besar Bangladesh di New York dihadapkan di mahkamah semalam, didakwa melakukan penyeludupan buruh dan serangan, yang memaksa pembantu rumah untuk bertugas selama 18 jam sehari tanpa sebarang bayaran selama empat tahun.
Md Shaheldul Islam, 45, berdepan dengan 33 pertuduhan bagi larseni, serangan, penyeludupan buruh, pengurungan, kegagalan untuk membayar gaji minimum dan gangguan, kata pejabat peguam daerah Queen.
Dia didakwa di depan hakim Mahkamah Tinggi Queen, yang menetapkan ikan jamin AS$50,000 atau AS$25,000 tunai dan mengarahkan Islam untuk menyerahkan pasportnya.
Dia berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun jika sabit dan hanya terhad bagi imuniti diplomatik, kata pejabat peguam daerah itu.
Islam didakwa memaksa seorang pekerja Bangladesh untuk bertugas di rumah keluarganya di Queens tanpa bayaran bermula 2012 sehingga dia terlepas pada Mei 2016. Dia menggunakan “kekerasan fizikal dan ancaman” untuk mengawal pekerja, mengancam membunuh ibu dan anak lelaki mangsa, dan memalukan anak perempuannya, jika dia keluar, dan merampas pasportnya, kata Peguam Daerah, Richard Brown.
Jika mangsa ingkar, dia dipercayai dipukul oleh tertuduh atau menggunakan kasut kayu, tambah Brown.
Satu-satunya sumber pendapatan mangsa adalah tip daripada tetamu dan jumlah wang yang kecil yang dihantar tertuduh kepada keluarga Islam di Bangladesh.
Konsulat agung Bangladesh tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan ulasan. – AFP