ALBANY, NEW YORK, 10 JUN — New York pada minggu ini telah menjadi negeri kedua yang menggubal undang-undang bagi tujuan memaksa pengeluar senjata api untuk mengguna pakai kaedah microstamping, sebuah teknologi di mana pistol mencetak kod kecil pada kartrij peluru semasa ia ditembak sekali gus mewujudkan corak unik yang dapat membantu pihak polis menyelesaikan kes jenayah.
Walau bagaimanpun, satu persoalan besar masih jadi tanda tanya, sama ada undang-undang baharu itu sebenarnya akan menyebabkan senjata sedemikian ditawarkan untuk dijual ataupun sebaliknya.
Manakala itu, California sebelum ini telah meluluskan undang-undang yang sama 15 tahun lalu dan sejak itu tiada pistol yang mampu mengecap mikro telah diperkenalkan untuk dijual di negeri tersebut. – AP