Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    NY pulangkan barangan antik curi kepada Itali

    NEW YORK, 3 FEB – Pihak berkuasa di New York semalam mengumumkan pemulangan 14 barang antik kepada Itali, dianggarkan bernilai AS$2.5 juta sebagai sebahagian daripada siasatan jenayah penyeludupan artifak curi.

    Pejabat Peguam Daerah berkata 14 artifak termasuk berusia kira-kira 2,600 tahun dikembalikan kepada Itali pada majlis bersama Konsul Jeneral Itali dan wakil polis semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 214 barangan antik dipulangkan ke negara itu sejak tujuh bulan lalu.

    Menerusi kenyataan, pejabat itu berkata lebih 700 barangan antik bernilai lebih AS$100 juta sudah dipulangkan kepada 17 negara, termasuk India, Kemboja, Pakistan, Mesir, Iraq, Greece dan Itali tahun lalu.

    Berdasarkan kenyataan Peguam Daerah, Alvin Bragg, penghantaran itu termasuk ‘Sicily Naxos Coin’, yang dicetak kira-kira 430 sebelum Masihi, yang kini bernilai AS$500,000.

    Barangan lain termasuk tembikar purba berusia 510 sebelum Masihi, dan kepala marmar Maharaja Rom Hadrian, berusia 200 sebelum Masihi. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...