Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    NY, Singapura bandar raya paling mahal di dunia

    LONDON, 1 DIS – New York dan Singapura berkongsi tangga teratas dalam senarai bandar paling mahal di dunia untuk didiami selepas inflasi meningkat tahun ini, menurut satu tinjauan tahunan.

    Kedua-dua bandar itu mengatasi Tel Aviv, bandar paling mahal di dunia tahun lalu, yang jatuh ke tangga ketiga tahun ini, menurut Indeks Kos Sara Hidup Seluruh Dunia yang dikeluarkan oleh Unit Perisikan The Economist (EIU) yang berpangkalan di London.

    Tinjauan tersebut mendedahkan kos sara hidup di bandar terbesar di dunia melambung tinggi akibat perang di Ukraine dan gangguan rantaian bekalan, khususnya tenaga serta makanan dan sekatan akibat pandemik COVID.

    New York menduduki tempat teratas buat kali pertama manakala Damsyik dan Tripoli kekal sebagai antara bandar paling murah untuk didiami.

    Kos sara hidup secara purata meningkat 8.1 peratus di 172 bandar utama dunia yang diliputi dalam tinjauan EIU, yang dijalankan antara Ogos hingga September lalu.

    Selain New York, Los Angeles dan San Francisco juga naik tangga untuk menjadi antara 10 bandar paling mahal didiami di seluruh dunia.

    Moscow dan Saint Petersburg di Rusia masing-masing naik 88 dan 70 tangga akibat harga melambung di tengah-tengah sekatan negara Barat serta pasaran tenaga yang didorong oleh mata wang rouble. – AFP

    Bot pelancong menyusuri melalui muzium ArtScience Marina Bay Sands di sepanjang Marina Bay di Singapura kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...