HOUSTON, 26 Julai – Penyelidik di New Mexico telah mengenal pasti nyamuk pembawaan virus Zika buat kali pertama.
Jabatan Kesihatan New Mexico (NMDOH) dan New Mexico State University (NMSU) mengumumkan pada hari Selasa bahawa spesies nyamuk Aedes aegypti, yang boleh membawa virus Zika, telah dikenalpasti buat kali pertama di daerah Otero selatan dan daerah Hidalgo barat daya. Penemuan baru-baru ini membawa jumlah bilangan daerah di New Mexico dengan nyamuk yang mampu menyebarkan Zika kepada lapan.
Walau bagaimanapun, tidak ada kes-kes manusia yang diketahui membawa virus Zika di mana-mana daerah sehingga kini, kata para pegawai dalam satu siaran berita. Sebanyak 10 kes virus Zika dilaporkan di New Mexico pada 2016, semuanya adalah pelancong yang dijangkiti di luar negara dan didiagnosis setelah mereka pulang ke rumah. – Xinhua