Tuesday, December 3, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nyanyian Fazura kena kecam

    Penampilan sulung Nur Fazura selepas bercerai dengan aktor Fattah Amin dalam sebuah program bual bicara di Indonesia mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

    Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, muncul dalam program berkenaan bagi mempromosikan single terbaharunya berjudul Bertahan Demi Cinta yang merupakan duet bersama Fattah sebelum mereka berpisah.

    Bagaimanapun percubaan Fazura menyanyikan lagu tersebut secara solo membuatkan ramai memberi komen berbentuk nasihat agar aktres itu kembali memikirkan tentang kariernya dalam bidang nyanyian.

    Mereka berpendapat nyanyiannya seperti ada tidak kena selain merasakan Fazura gagal memberi ‘rasa’ terhadap lagu tersebut yang seterusnya boleh menyebabkan karya itu gagal mempunyai daya tarikan.

    Menjengah ke ruangan komen, warganet meminta Fazura untuk mengambil kelas vokal sebelum tampil menyanyi secara siaran langsung.

    “Saya tak nak tipu diri sendiri, lagu ni sedap tapi suara Fazura tak sedap. Jangan malukan diri sendiri dan kalau nak sangat menyanyi boleh cuba cari guru vokal; Kenapa Fazura malukan diri sendiri dengan menyanyi? Patut ambil kelas vokal dulu; Lagu sedap dah, tapi suara Fazura macam menyanyi karaoke di rumah, maaf terjujur,” antara komen warganet.

    Difahamkan Fazura merakamkan single tersebut bersama Fattah sekitar Februari lalu ketika mereka masih bergelar suami isteri dan pernah menjadi bualan hangat apabila dilancarkan selepas mereka bercerai pada 7 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

    Untuk rekod Fazura dan Fattah berkahwin pada November 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya berusia empat tahun. – Agensi

    Nyanyian Fazura untuk promosi lagu Bertahan Demi Cinta secara siaran langsung menerima kritikan warganet. – mstar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda