WELLINGTON, 27 April – Seorang pelancong Perancis terselamat dari serangan ikan yu di New Zealand hari ini, dengan hanya mengalami kecederaan ringan, menurut para penyelamat dan penduduk setempat.
Wanita itu, berusia dalam 20an, sedang bermain luncur air di sebelah tengah hari di Teluk Curio di South Island apabila ikan yu menyerang kakinya, menurut St John Ambulance.
Dia kemudian dikejarkan melalui udara untuk dihantar ke jabatan kecemasan Hospital Dunedin untuk menerima rawatan.
Nick Smart, yang mengendali Sekolah Luncur Caitlin, berkata wanita itu berada di dalam air bersama rakan-rakannya apabila ikan yu ‘yang datang dari entah dari mana’ menyerangnya.
Menurutnya rakan-rakan wanita itu menyeretnya ke pantai dan dia masih dalam keadaan tenang apabila para penduduk setempat membawanya ke tempat berteduh dan membalut lukanya sementara menantikan helikopter penyelamat.
“Dia dalam keadaan sedar sepanjang masa tetapi mengalami luka dalam pada kakinya,” dia memberitahu Otago Daily Times.
“Darah tidak banyak yang keluar, jelas ia bukan darah arteri..” serangan ikan yu tidak biasa berlaku di New Zealand, kematian terakhir ialah seorang lelaki berusia 47 tahun yang diserang di sebuah pantai pelancong popular di barat Auckland dalam tahun 2013.
Sebelum itu, tidak ada kematian akibat serangan ikan yu sejak 1976. – AFP