Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Nyawa Raja Ilya hampir melayang

    Nyawa pelakon, Raja Ilya, 36, hampir melayang selepas menjadi mangsa doktor estetik palsu. Dedahnya, dia menerima suntikan berbahaya sekitar 2008 hingga 2009 ketika masih naif dan kurang ilmu.

    Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad berkata, dia kini terpaksa hidup dengan kesan sampingan terhadap rawatan dilakukan.

    “Masa muda, saya tidak berfikir panjang. Ia berlaku apabila saya menghadiri uji bakat filem Tamil di India. Ketika bersembang, penerbit filem mengatakan saya perlu ada beberapa kriteria, terutama bentuk badan.

    “Penerbit menyatakan saya tiada aset seperti punggung besar. Saya menangis kerana merasakan ia adalah diskriminasi.

    “Saya berputus asa dan kemudian menyambung kerja sepenuh masa di Malaysia Airlines (MAS).

    Raja Ilya berkata, dia kini terpaksa hidup dengan kesan sampingan terhadap rawatan dilakukan. – Agensi

    “Apabila saya berkongsi cerita ini dengan rakan jurusolek, dia menyarankan membuat punggung dan memperkenalkan kepada seorang doktor,” katanya kepada media.

    Daripada situ, Raja Ilya berkata, mula mengumpul duit sehingga RM8,000 untuk membuat suntikan ‘filler’ pada punggung.

    “Doktor palsu itu menyatakan suntikan ‘filler’ selamat dan tunjuk gambar artis yang pernah melakukan perkara sama. Selepas membayar pendahuluan, doktor palsu berkenaan minta saya ke rumahnya di Flat Seri Merdeka.

    “Apabila diberikan suntikan ‘filler’, saya mula pening, kemudian dicucuk dengan beratus suntikan.

    “Disebabkan terlalu pening, saya tak ingat apa-apa. Saya disuruh balik, kemudian datang beberapa hari untuk menyempurnakan proses rawatan.
    “Saya pergi semula beberapa minggu kemudian dan baru sedar melakukan kesilapan besar. Saya kelihatan sangat buruk, macam tempayan,” katanya.

    Raja Ilya berkata, dia lebih terkejut apabila menerima khabar ada seorang wanita VIP meninggal dunia selepas membuat suntikan dengan doktor palsu berkenaan.

    “Ketika itu, baru saya tahu dia bukan doktor, hanya menggunakan sijil palsu untuk menipu orang,” katanya.

    Ekoran suntikan itu, Raja Ilya berkata, dia menerima kesan sehingga sekarang.

    Pelakon yang kini menetap di Australia itu berkata, dia mengalami kesan sampingan pada 2015 selepas dimasukkan ke hospital. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...