Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    NYCFC gagal mara ke final

    NEW YORK, 14 APRIL – Seattle Sounders menangkis serangan ganas New York City FC untuk menyamakan kedudukan 1-1 dan mengesahkan kemenangan dengan agregat 4-2 mara ke final Liga CONCACAF untuk pertama kalinya dalam sejarah pasukan tersebut kelmarin.

    Seattle akan menentang Pumas UNAM dari Mexico dalam perlawanan akhir kejuaraan tersebut, pertandingan kelab utama untuk pasukan dari Amerika Tengah, Amerika Utara dan Caribbean.

    Pasukan Sounders, yang mendahului 3-1 selepas perlawanan di tempat sendiri minggu lalu, kelihatan sedang memburu kemenangan selepas pemain antarabangsa Peru, Raul Ruidiaz mendahului 1-0 pada minit ke-28 di Arena Red Bull di Harrison, New Jersey.

    Tetapi pemain tengah Uruguay, Santiago Rodriguez menyamakan kedudukan untuk New York pada minit ke-51 untuk memulakan separuh masa kedua, ketika City mengejar dua gol yang diperlukan untuk menyamakan kedudukan secara agregat.

    Nampaknya hanya menunggu masa sebelum City akan menjaringkan gol ketika juara bertahan Liga Utama Bolasepak itu melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah gawang Seattle.

    Tetapi gabungan penyudah yang teruk dan percubaan yang berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Seattle dari Switzerland, Stefan Frei telah mengecewakan harapan New York untuk mengubah rentak perlawanan separuh akhir berkenaan.

    Frei telah menyelamatkan pasukan Seattle tiga kali dalam masa 10 minit ketika New York menggasak untuk mendapatkan gol kedua. – AFP

    Aksi Cristian Roldan bersaing mendapatkan bola dengan Thiago semasa separuh masa kedua dalam perlawanan kedua CONCACAF, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...