Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    NYCFC menang kontroversial ke atas Rev?

    NEW YORK, 10 JULAI – Pemain Argentina, Valentin Castellanos menjaringkan dua gol untuk menerajui New York City FC (NYCFC) dalam kemenangan kontroversial 4-2 ke atas New England Revolution kelmarin yang menyaksikan City dihadiahkan tiga sepakan penalti.

    Penalti pertama diberikan hanya sembilan minit memasuki babak pertama perlawanan apabila Andrew Farrell menjatuhkan Talles Magno dari Brazil dalam kotak penalti New England.

    Magno sendiri menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-10 untuk pasukan juara bertahan Major League Soccer (MLS) itu. Tidak lama kemudianm, penyerang Argentina, Gustavo Bou menyamakan kedudukan di Stadium Yankee dengan rembatan kencang di dalam kotak pada minit ke-18.

    Castellanos mempunyai peluang bagi meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-34 menerusi sepakan penalti namun percubaannya diselamatkan oleh penjaga gol New England, Djordje Petrovic.

    Dia menebus kesilapannya dengan menyempurnakan satu lagi penalti pada minit ke-44 selepas diasak oleh Farrell, yang dibuang padang di tengah-tengah bantahan daripada jurulatih Revolution, Bruce Arena dan pemain bangku simpanan New England.

    Tiada pasukan yang pernah dihadiahkan tiga penalti dalam sejarah 27 musim MLS, dan Arena jelas menganggap ia satu kesilapan pada perlawanan tersebut.

    Manakala itu, Kessler berkata bahawa dia merampas bola dengan kemas dan tidak bersetuju dengan keputusan pengadil yang memberikan sepakan penalti tersebut dan begitu juga pada penalti yang ketiga. Pemain Brazil, Gabriel Pereira kemudiannya meletakkan NYCFC 3-1 apabila dia menamatkan serangan balas pada minit ke-49. Sejurus kemudian, Bou menjaringkan gol untuk New England pada minit ke-77, tetapi Castellanos mengesahkan kemenangan dengan satu lagi serangan balas pada minit ke-82 iaitu gol ke-12 pada musim ini. – AFP

    Reaksi Valentin Castellanos selepas menjaringkan gol semasa perlawanan Liga Bolasepak Utama menentang New England Revolution kelmarin. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...