Monday, October 2, 2023
23 C
Brunei

    -

    NZ berdepan musim sejuk paling panas, basah

    WELLINGTON, 2 SEPT – New Zealand telah menyaksikan musim sejuk paling panas dan paling basah yang pernah direkodkan, kata saintis hari ini berikutan banjir yang meluas bulan lalu di Pulau Selatan.

    Untuk tahun ketiga berturut-turut, New Zealand merekodkan musim sejuk paling panas sejak rekod suhu bermula pada tahun 1909.

    Penyelidik dari Institut Penyelidikan Air dan Atmosfera Negara berkata, suhu purata di seluruh negara ialah 9.8 darjah Celsius iaitu 1.4 darjah Celsius lebih panas daripada purata.

    Sementara itu, saintis dari institut Nava Fedaeff berkata perubahan iklim telah ‘menyumbang kepada trend kenaikan suhu di New Zealand’.

    Buat pertama kalinya, suhu melebihi 1.2 darjah Celsius iaitu lebih tinggi daripada purata dalam ketiga-tiga bulan musim sejuk. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Ikan paus langgar bot, 1 maut, 1 cedera  

    SYDNEY, 1 OKT - Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas seekor ikan paus melanggar sebuah bot di luar pantai timur Australia, kelmarin,...

    Singa baham tuan