Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    NZ buka semula sempadan sepenuhnya

    WELLINGTON, 11 MEI – New Zealand akan membuka semula sempadannya kepada pelancong dari seluruh negara menjelang Julai, membenarkan kembali kapal persiaran dan memudahkan pekerja berkemahiran untuk berhijrah ketika ia kembali membuka sempadan berikutan pandemik COVID, menurut kerajaan hari ini.

    New Zealand antara negara yang mengenakan pengawalan sempadan paling ketat di dunia apabila COVID pertama kali merebak lebih dua tahun lalu. Langkah itu membolehkan negara yang mempunyai penduduk seramai lima juta orang itu untuk mengawal penularan virus dan mempercepatkan kadar vaksinasi sebelum penularan varian Omicron tahun ini.

    Jumlah kematian akibat koronavirus di New Zealand kekal rendah berbanding negara-negara membangun yang lain. Tetapi ketika pandemik terus berlarutan, langkah pengawalan sempadan New Zealand dilihat semakin ketinggalan selepas negara-negara lain membuka sempadan mereka.

    New Zealand secara perlahan-lahan kembali membuka semula sempadannya, dan yang pertama dibukakan kepada Australia bulan lalu dan kemudian kepada pelancong dari Amerika Syarikat (AS), Britain, dan lebih 50 buah negara yang lain pada awal bulan ini. Pengumuman hari ini akan membolehkan pelancong dari China, India dan negara-negara lain untuk berkunjung ke negara itu bermula 31 Julai.

    Kerajaan berkata ia juga merancang untuk menamatkan syarat ujian COVID pra pelepasan pada hujung Julai nanti.

    Tetapi disebabkan virus masih mengganggu kehidupan seharian, Perdana Menteri, Jacinda Ardern tidak membuat pengumuman secara langsung di Auckland seperti yang dirancang, tetapi beliau berucap melalui pautan video dari kediamannya di Wellington di mana beliau diasingkan.

    Tunang kepada perdana menteri New Zealand, Clarke Gayford, disahkan positif COVID pada Ahad. Ardern setakat ini diuji negatif dan berkata dia tidak mengalami sebarang gejala. Peraturan kesihatan New Zealand mewajibkan kontak rapat seisi rumah untuk menjalani pengasingan selama tujuh hari. – AP

    Gambar bertarikh 2 Mei 2022 menunjukkan ahli keluarga yang terpisah akibat pandemik COVID akhirnya bertemu semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland. New Zealand mengumumkan akan membuka semula sempadan sepenuhnya pada Julai nanti. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...